Tuesday, November 29, 2011

Seperti Berada Di Miami...

Satu hari, aku dalam perjalanan ke pergi keje. Pagi tu memang ramai orang. LRT sangat sesak. Aku memulakan perjalanan dari LRT Pandan Indah untuk ke LRT Masjid Jamek. Dalam LRT, aku pandang keliling. Melihat orang sekeliling dan cuba mentafsir apa yang dorang tengah pikir. Nampak sangat tak ada keje kan. Hehehehe. Sebab time tu tak beli smartphone lagi, tak boleh main game. Nak bace novel, nanti tak boleh concentrate sebab ramai orang. Entah macam mana, terlihat kelibat satu lembaga  seorang perempuan yang nyata berpakaian amat ghairah sekali. SEE THROUGH OK. Aku assume, normallah. Nak attract attention orang lah tu. Tapi yang pelik lagi aneh, masa pompuan tu kuar LRT, nampak die pakai skrit pendek dan actually baju yang dia pakai adelah dress yang see through. Nampak semua pakaian dalam dia. Ada sorang laki tengok pompuan tu tak toleh tempat lain dah. Pompuan tu panas kot sebab tu dia pakai macam tu. Dia ingat dia berada di Miami...

Sunday, November 27, 2011

Kewajipanku Sebagai HambaMu...

Hari ini agak mendung berbanding semalam. "Alhamdullilah" ucapku dalam hati. aku menolak roda di kerusi roda ku utk ke tmpt utkku mencari rezeki yg halal. Di tmpt itu kelihatan ramai org lalu-lalang. "Alhamdulillah, semoga hari ini pendapatanku lebih banyak" harapku. aku menetapkan kerusi rodaku betul2 di depan tangga LRT. Dengan lafaz bismillah aku mula menjual kerepek yang telah siap dibungkus.

"Kerepek, kerepek" teriakku dengan harapan agar ade orang yg membeli. Ya, hari ini murah betul rezekiku. Aku lihat ke dlm bakul. tinggal beberapa bungkus sahaja. Kedengaran azan maghrib berkumandang. aku menjawab azan itu di dalam hatiku. tetiba datang seorg pemuda, membeli semua bungkus kerepek yg tinggal. aku amat bersyukur ketika itu. berkali2 ku ucapkan terima kasih kepada pemuda yang baik hati itu. pemuda itu hanya tersenyum padaku.

Usai azan, aku mencapai botol air yang ku bawa dr rumah. Dengan lafaz bismillah, aku mengambil wudukku. Selesai berwuduk, aku menolak roda kerusi roda ku ke satu sudut. ku menetapkan kerusi rodaku ke arah kiblat. Kelihatan orang yang menuruni tangga itu melihat ke arahku.

setelah aku yakin aku menghadap kiblat, aku menunaikan solatku. Aku berdoa agar Allah cekalkan hatiku untuk mencari rezeki yg halal.



cite diatas adelah kisah sorg yg tidak blh berjalan, menjual kerepek di ibu kota. karet tersentuh sbb walaupun fizikal die x sempurna tp die cekal mencari rezeki yg halal dan tidak sesekali mengemis.tp yg plg tersentuh, walaupun di tgh org ramai, die tetap menunaikan kewajipan die sbg hamba Allah. renung2kan...

Friday, November 25, 2011

Nampak Beno Penipunya...

Pada satu malam, aku baru ja balik dari gym. Sangat penat setelah ber'body combat'. Sampai di stesen Masjid Jamek, tetiba mood shopping membuak. Langkah kaki yang mulanya menuju ke STAR LRT kini berubah keluar stesen. Baru sahaja aku menuruni tangga ke pasar berdekatan dengan Masjid Jamek, tetiba seorang pemuda menegur aku…
“Tolong saya… Moto saya rosak dan perlukan RM6 untuk repair… Saya tak tau nak buat apa dah… Saya buntu… Boleh pinjam RM6 dan saya akan bayar balik… Tinggal jer no telepon kat saya”
(sila baca dengan satu nafas sahaja)
Aku pada mulanya tak berapa dengar apa pemuda tu cakap. Laju sangat cakap sampai tak terkejar. Bila suruh ulang balik, die still cakap laju2. Nampak sangat menipu. Tapi pada masa sama kesian gak. Tengok kat wallet ade rm10 ja. Bagilah. Nanti diapa-apakan takut jugak. Dia minta no telepon tapi aku cakap tak apalah. Halal. Takut nanti dia call bukan nak bayar hutang tapi nak tambah hutang kang susah. Pastu aku beredar cepat2. Haish macam2….

Thursday, November 24, 2011

Buta Mata Tapi Tidak Buta Hati...

Kisah 1: -Aku Mampu Berdikari-



 Hari itu aku ada dinner kat Pizza Hut Setiawangsa... Balik dari keje, terus naik Putra LRT ke Setiawangsa... Sangat jarang turun kat stesen ni... Orang pun tak berapa ramai... Jejak je kaki kat stesen tu, ternampak sorang pakcik  yang merupakan golongan istimewa keluar dari LRT... Dia kelihatan teragak-agak... Aku menawarkan bantuan tapi dia menolak... Lalu aku mengekorinya dari belakang... Pergerakan dia agak teratur seperti dia menghafal laluan... Namun dia teragak-agak masa nak cari jalan kuar stesen... Sekali lagi menawarkan bantuan tapi ditolak dengan baik... Akhirnya dapat dia keluar dari stesen dengan usahanya sendiri... Tetiba, seorang budak perempuan yang comel menerpa ke arahnya sambil berkata "Ayahhhh"... Kemudian diikut perempuan bertudung... Mesti ini anak dan isterinya... Isterinya orang biasa... Isteri dan anaknya terus memimpin pakcik itu... Sungguh tabah pakcik ni...



Kisah 2: -Aku Mampu Bekerja-


Pagi itu, aku agak awal bertolak ke tempat keje... Jadi aku mengambil "my sweet time"... Ketika tiba di stesen Masjid Jamek, kelihatan seorang pakcik yang merupakan golongan istimewa menuruni tangga... Sebaik keluar dari stesen, dia tercari-cari orang untuk bertanyakan tempat untuk tunggu teksi... Polis bantuan hanya perhati dari jauh... Akhirnya dia dapat bertanya seorang pemuda dengan isterinya (mungkin?)... Namun pemuda itu hanya tunjuk arah tanpa memimpin pakcik tersebut... Aku pun menawarkan bantuan... Kelihatan pakcik itu sangat lega... Pakcik itu berkata dia hendak ke tempat keje... Aku pun menahan sebuah teksi dan menanya pemandu teksi tempat yang henda dituju... Pemandu teksi mengangguk... Aku menolong pakcik tersebut untuk masuk ke dalam teksi sementara pakcik teksi membetulkan tempat duduk... Aku rasa sanggat bangga dengan pakcik tersebut...

-Mereka adalah golongan istimewa bukan golongan kurang upaya- 

Wednesday, November 23, 2011

My wallet has been stolen...

Last week, aku dan opismate aku kuar utk main bowling kat Times Square. Ni semua gara2 kupon 3 games for rm12. Berbaloi ooo. Back to da story, kami naik lrt putra sampai dang wangi. Then naik monorail Bukit Nanas ke Imbi. Jadi trail dari Ampang Park ke Imbi Emoticon

Ampang Park (Putra LRT) --> Dang Wangi (Putra LRT) --tukar train--> Bukit Nanas (Monorail) --> Imbi (Monorail)

On da way nak tukar train dari Dang Wangi ke Bukit Nanas, sempat juga kami tangkap gambar. Tangkap gambar kat jejantas, kat escalator.. Macam 1st time jumpa jejantas dan escalator ja.. Huhuhuhu. Emoticon
Sampai jer, beli tiket dan tunggu train sampai. Then train sampai, orang dari dlm train mula kuar. Agak ramai gak. Kelihatan sepasang eh bukan dua orang mat saleh kuar dari manoroil sambil pegang tangan ok. Ingin ditekan kan disini 2 ORANG MAT SALEH PEGANG TANGAN. Rasa loya jap. Tapi pelik kan, kalo pompuan pegang tangan tak pe tapi kalo laki macam pelik.

Setelah bertolak-tolakkan, akhirnya dapat masuk gak. Tetiba kedengaran "My wallet has been stolen".
Sepasang suami isteri foreigner duk jalan keliling monorail sambil menjerit-jerit. Emoticon Time tu pintu monorail baru ja tutup. Sah-sah pencuri tu dah kuar. Tapi aku faham kot perasaan dorang. Duit dah hilang, mesti kabut. Pastu ade lak sorang makcik ni tanya

Makcik : "Nape mat saleh tu duk bising-bising?"
Aku : Wallet die hilang.
Makcik : Kalo hilang pun x tak payah nak kecoh2.

Aku rase macam nak balas balik ja "Kalo dompet makcik hilang, makcik duk senyap ja ka?" Nasib baik ade tempat duduk. Tak sempat aku nak balas mak cik tu.  The next stesen, polis bantuan masuk sekejap. Then kuar. Tak boleh buat apa-apa pun. Mesti kaya pencuri tu.. dapat duit luar negara kot. berganda-ganda. Akhirnya kami selamat sampai ke destinasi dan selamat main 3 games. Keesokkan harinya, duk sakit tangan sebab 1st time main 3 games. Macam mana orang lain boleh main sampai 6 games??

Moral of da story : Sile berhati-hati dengan penceluk saku.

Tuesday, November 22, 2011

May I??

Setiap hari isnin & jumaat, aku akan naik lrt utk blk ke rmh atau nk pergi rmh mak teh aku. jd, kat lrt ni, byklah peristiwa berlaku. aku pelik coz ramai org suke tanya aku mcm mana nk p stesen itu, ini... hehehe... nape yek? meh aku cite sikit peristiwa yg berlaku.

jumaat lps, ade sorg mamat org putih dtg kat aku time nak beli tiket. masa tu, line nak beli tiket mmg super panjang. yelah, waktu org blk keje. jd masa tu adelah dlm 4 org depan aku. tetiba si mamat ni ckp


mamat : may i queue in front of u coz i'm late to catch my train to seremban? (dgn muka worry)

aku : hmmmm... (serba salah. kalo ikut hati mmg xmo bg coz kite penat2 beratur, blh pula die suka suki nk potong line) okey....(x ikhlas)

mamat : oh... thank u.. thank u...

hahahaha... mesti org belakang aku dah maki hamun aku.... aku lak duk maki hamun die...

mamat : i need to go to bangi...

aku : bangi? it's not this train. u have to take the train downstairs...

mamat : oh really. thank u very much... (pastu die terus bla)

seriously aku relief giler n aku gerenti org blkg line aku pun relief. hehehe... pastu aku pikir balik. betul ke ape aku ckp td? aku check2 laluan lrt. btllah, mana ade laluan lrt tu p bangi. kire aku dah expertlah. hahaha... Itu kes oklah. pernah jugak aku bg salah info.

time tu nk tukar train kat masjid jamek. tgh turun tangga. ade sorg mamat gak tp tempatan lah yer, duk bwk beg besar... tanya aku

mamat 2 : adik, lrt nk ke bukit jalil belah mana ye?

oh, time ni aku jahil lg psl laluan lrt ni coz rasenyer baru 2 minggu kot gune lrt p kerja. tp aku dgn confident ckp kat die

aku : oh, kena gune lrt seberang jalan...

mamat 2 : terima kasih...

lps jer aku ckp, aku mula terpikir... bukit jalil kat ne yek? hahahaha... aku pun cpt2 tgk peta lrt. ceit, guna lrt kat sini, bkn seberang jalan. aku dgn kalutnye mencari mamat tersebut. nmpklah die br nk lintas jln. aku nk panggil die tp xtau nama. kang nanti aku jerit abg, x pepasal jd drama kat sane. nk kejar die x smpt sbb lampu pejalan kaki dah tukar ijau. so aku just blh tgk jelah. hahahaha... mesti bile mamat tu smpi lrt sane n tau aku silap, mesti die sumpah2 aku... hehehe... time tunggu lrt, mmg aku tgk keliling takut mamat tu ade. hehehehe.

byk lg cite sbnrnya tp x larat ar nk cite kat sini...

jd pengajarannya, aku mmg kena hafal laluan lrt sbb org suka tanya aku. kalo x sure tu, ckp jer xtau. xpyh berlagak (mcm aku)... hahahaha....

p/s: cite lama dari blog terdahulu

Pengembaraan Bermula...



Kotaraya Kuala Lumpur... Apa yang korang bayangkan setiap kali dengar perkataan ni? Selain dari bangunan tinggi, KLCC, muzium negara, zoo negara, istana negara, taman negara... eh silap, taman negara kat pahang... Mesti korang bayangkan kereta banyak... Jam sana sini... Lagi-lagi time peak hours: sebelum dan selepas waktu keje... Sampai boleh berfacebook dalam jam tu... Jadi aku decide naik LRT... Walaupun LRT still jam dengan orang tapi boleh sampai keje awal... Kat LRT ni banyak kejadiaan yang boleh beri kita pengajaran dan pedoman... Oleh itu, blog ni akan bercerita tentang kejadian-kejadian yang aku nampak atau alami kat LRT... Akhir kata, selamat membaca =)