Sunday, November 27, 2011

Kewajipanku Sebagai HambaMu...

Hari ini agak mendung berbanding semalam. "Alhamdullilah" ucapku dalam hati. aku menolak roda di kerusi roda ku utk ke tmpt utkku mencari rezeki yg halal. Di tmpt itu kelihatan ramai org lalu-lalang. "Alhamdulillah, semoga hari ini pendapatanku lebih banyak" harapku. aku menetapkan kerusi rodaku betul2 di depan tangga LRT. Dengan lafaz bismillah aku mula menjual kerepek yang telah siap dibungkus.

"Kerepek, kerepek" teriakku dengan harapan agar ade orang yg membeli. Ya, hari ini murah betul rezekiku. Aku lihat ke dlm bakul. tinggal beberapa bungkus sahaja. Kedengaran azan maghrib berkumandang. aku menjawab azan itu di dalam hatiku. tetiba datang seorg pemuda, membeli semua bungkus kerepek yg tinggal. aku amat bersyukur ketika itu. berkali2 ku ucapkan terima kasih kepada pemuda yang baik hati itu. pemuda itu hanya tersenyum padaku.

Usai azan, aku mencapai botol air yang ku bawa dr rumah. Dengan lafaz bismillah, aku mengambil wudukku. Selesai berwuduk, aku menolak roda kerusi roda ku ke satu sudut. ku menetapkan kerusi rodaku ke arah kiblat. Kelihatan orang yang menuruni tangga itu melihat ke arahku.

setelah aku yakin aku menghadap kiblat, aku menunaikan solatku. Aku berdoa agar Allah cekalkan hatiku untuk mencari rezeki yg halal.



cite diatas adelah kisah sorg yg tidak blh berjalan, menjual kerepek di ibu kota. karet tersentuh sbb walaupun fizikal die x sempurna tp die cekal mencari rezeki yg halal dan tidak sesekali mengemis.tp yg plg tersentuh, walaupun di tgh org ramai, die tetap menunaikan kewajipan die sbg hamba Allah. renung2kan...

No comments:

Post a Comment