Friday, November 25, 2011

Nampak Beno Penipunya...

Pada satu malam, aku baru ja balik dari gym. Sangat penat setelah ber'body combat'. Sampai di stesen Masjid Jamek, tetiba mood shopping membuak. Langkah kaki yang mulanya menuju ke STAR LRT kini berubah keluar stesen. Baru sahaja aku menuruni tangga ke pasar berdekatan dengan Masjid Jamek, tetiba seorang pemuda menegur aku…
“Tolong saya… Moto saya rosak dan perlukan RM6 untuk repair… Saya tak tau nak buat apa dah… Saya buntu… Boleh pinjam RM6 dan saya akan bayar balik… Tinggal jer no telepon kat saya”
(sila baca dengan satu nafas sahaja)
Aku pada mulanya tak berapa dengar apa pemuda tu cakap. Laju sangat cakap sampai tak terkejar. Bila suruh ulang balik, die still cakap laju2. Nampak sangat menipu. Tapi pada masa sama kesian gak. Tengok kat wallet ade rm10 ja. Bagilah. Nanti diapa-apakan takut jugak. Dia minta no telepon tapi aku cakap tak apalah. Halal. Takut nanti dia call bukan nak bayar hutang tapi nak tambah hutang kang susah. Pastu aku beredar cepat2. Haish macam2….

No comments:

Post a Comment