Pernah tak nampak orang duduk kat lantai lrt sebab semua seat penuh? (kesian)
Pernah tak jumpa orang yang pakai earphone tapi macam pasang speaker? (lebih baik x pakai earphone... sama jer)
Pernah tak tersilap naik lrt dan tukar kat chan seow lin tapi still nak train yang silap? (penat kot)
Pernah tak masuk train yang aircond rosak? (mcm sauna)
Friday, February 10, 2012
Wednesday, December 7, 2011
Aku Sama Ja Macam Kamu...
Keadaan LRT malam itu sangat sunyi. Kelihatan tidak ramai orang memandangkan sudah larut malam. Kedengaran "Stesen Masjid Jamek" diumumkan. Ketika aku hendak keluar, seorang akak yang merupakan orang istimewa jalan keluar seiring dengan aku. Aku bertanya arah tujunya sambil memimpin tangannya. Nasib baik arah tuju sama cuma lain stesen. Dia hendak turun LRT Pudu manakala aku LRT Pandan Indah. Dalam perjalanan aku berborak dengan dia.
Aku : Akak dari mana ni?
Akak : Baru balik dari kerja.
Aku : Samalah. Saya pun baru balik dari keje. Akak keje kat mana ye?
Akak : Kat Bangi. Jadi tukang urut.
Aku: Waaa... Saya dah lama nak pergi berurut tapi tak pergi sampai sekarang. Akak duduk dengan sapa kat pudu?
Akak: Dulu duduk dengan kawan. sekarang duduk sorang
.Aku: Duduk sorang? Akak tak bosan ke duduk sorang?
Akak: Agaklah tapi kalo bosan, akak pergi rumah kawan. Borak2.
Tanpa sedari, kami dah sampai ke LRT star dan LRT telah pun sampai. Namun LRT itu untuk laluan Sri Petaling. Aku tak dapat mengikutnya. Hanya dapat menghantarnya ke depan pintu. Aku sangat kagum dengan golongan ni. Walaupun mereka kurang upaya, namun mereka tidak putus asa dan cekal. Cuba mencari rezeki yang halal. Kekadang, segelintir golongan yang sempurna tubuh badan pun malas. Semoga akak terus tabah mencari rezeki yang halal.

Friday, December 2, 2011
Aku Pernah...
Pernah tak jumpa orang menangis dalam LRT?
Pernah tak jumpa orang pakai pakaian sebijik sama macam anda di LRT?
Pernah tak jumpa orang yang bertahun-tahun kita tak jumpa tapi takut nak tegur sebab tak pasti? (takut nanti silap orang)
Pernah tak jatuh handphone kesayangan sampai terkeluar bateri dalam LRT? (akan dicerita lebih lanjut dalam post akan datang... tunggu...)
Kau pernah? Aku pernah...
Thursday, December 1, 2011
Uncle Yang Sangat Peramah...
Pagi tadi, LRT buat hal. Kejap-kejap berhenti. Pastu nanti dengar suara encik abang membuat pengumuman.
"LRT sedang menunggu isyarat dari pusat kawalan. Harap bersabar. LRT akan bergerak sebentar lagi."
Tengah sabarlah ni pakcik. Kalo tak, saya dah buat kecoh. Waktu tu bukan peak hour. Nape still lambat? Haish~ Berbalik pada cerita. Dalam LRT Putra nak menuju ke stesen Ampang Park, aku dapat tempat duduk. Dekat depan aku ada seorang lelaki yang agak berumur dengan seorang perempuan yang agak muda tengah berbual. Ingatkan pasangan kekasih tapi bile amati perempuan yang agak malu-malu. Sah dorang baru berkenalan. Uncle tu tanya macam-macam kat kakak tu sampailah kakak tu kuar. Pastu ada sorang mamat Indonesia duduk sebelah uncle tu. Uncle tu still tanya macam-macam. Aku perhatikan je. Sangat peramah uncle tu.

Tuesday, November 29, 2011
Seperti Berada Di Miami...
Satu hari, aku dalam perjalanan ke pergi keje. Pagi tu memang ramai orang. LRT sangat sesak. Aku memulakan perjalanan dari LRT Pandan Indah untuk ke LRT Masjid Jamek. Dalam LRT, aku pandang keliling. Melihat orang sekeliling dan cuba mentafsir apa yang dorang tengah pikir. Nampak sangat tak ada keje kan. Hehehehe. Sebab time tu tak beli smartphone lagi, tak boleh main game. Nak bace novel, nanti tak boleh concentrate sebab ramai orang. Entah macam mana, terlihat kelibat satu lembaga seorang perempuan yang nyata berpakaian amat ghairah sekali. SEE THROUGH OK. Aku assume, normallah. Nak attract attention orang lah tu. Tapi yang pelik lagi aneh, masa pompuan tu kuar LRT, nampak die pakai skrit pendek dan actually baju yang dia pakai adelah dress yang see through. Nampak semua pakaian dalam dia. Ada sorang laki tengok pompuan tu tak toleh tempat lain dah. Pompuan tu panas kot sebab tu dia pakai macam tu. Dia ingat dia berada di Miami...
Sunday, November 27, 2011
Kewajipanku Sebagai HambaMu...
Hari ini agak mendung berbanding semalam. "Alhamdullilah" ucapku dalam hati. aku menolak roda di kerusi roda ku utk ke tmpt utkku mencari rezeki yg halal. Di tmpt itu kelihatan ramai org lalu-lalang. "Alhamdulillah, semoga hari ini pendapatanku lebih banyak" harapku. aku menetapkan kerusi rodaku betul2 di depan tangga LRT. Dengan lafaz bismillah aku mula menjual kerepek yang telah siap dibungkus.
"Kerepek, kerepek" teriakku dengan harapan agar ade orang yg membeli. Ya, hari ini murah betul rezekiku. Aku lihat ke dlm bakul. tinggal beberapa bungkus sahaja. Kedengaran azan maghrib berkumandang. aku menjawab azan itu di dalam hatiku. tetiba datang seorg pemuda, membeli semua bungkus kerepek yg tinggal. aku amat bersyukur ketika itu. berkali2 ku ucapkan terima kasih kepada pemuda yang baik hati itu. pemuda itu hanya tersenyum padaku.
Usai azan, aku mencapai botol air yang ku bawa dr rumah. Dengan lafaz bismillah, aku mengambil wudukku. Selesai berwuduk, aku menolak roda kerusi roda ku ke satu sudut. ku menetapkan kerusi rodaku ke arah kiblat. Kelihatan orang yang menuruni tangga itu melihat ke arahku.
setelah aku yakin aku menghadap kiblat, aku menunaikan solatku. Aku berdoa agar Allah cekalkan hatiku untuk mencari rezeki yg halal.
cite diatas adelah kisah sorg yg tidak blh berjalan, menjual kerepek di ibu kota. karet tersentuh sbb walaupun fizikal die x sempurna tp die cekal mencari rezeki yg halal dan tidak sesekali mengemis.tp yg plg tersentuh, walaupun di tgh org ramai, die tetap menunaikan kewajipan die sbg hamba Allah. renung2kan...

Friday, November 25, 2011
Nampak Beno Penipunya...
Pada satu malam, aku baru ja balik dari gym. Sangat penat setelah ber'body combat'. Sampai di stesen Masjid Jamek, tetiba mood shopping membuak. Langkah kaki yang mulanya menuju ke STAR LRT kini berubah keluar stesen. Baru sahaja aku menuruni tangga ke pasar berdekatan dengan Masjid Jamek, tetiba seorang pemuda menegur aku…
“Tolong saya… Moto saya rosak dan perlukan RM6 untuk repair… Saya tak tau nak buat apa dah… Saya buntu… Boleh pinjam RM6 dan saya akan bayar balik… Tinggal jer no telepon kat saya”
(sila baca dengan satu nafas sahaja)
Aku pada mulanya tak berapa dengar apa pemuda tu cakap. Laju sangat cakap sampai tak terkejar. Bila suruh ulang balik, die still cakap laju2. Nampak sangat menipu. Tapi pada masa sama kesian gak. Tengok kat wallet ade rm10 ja. Bagilah. Nanti diapa-apakan takut jugak. Dia minta no telepon tapi aku cakap tak apalah. Halal. Takut nanti dia call bukan nak bayar hutang tapi nak tambah hutang kang susah. Pastu aku beredar cepat2. Haish macam2….
Subscribe to:
Posts (Atom)